Friday 7 March 2014

Memberi Harapan Itu Salah

Memberi harapan itu salah.

Salah daripada apa? Salah sekiranya memberi harapan sekiranya belum bersedia.

Eh, harapan apa ni? Sudah semestinya berkaitan dengan CINTA.

Ada sesetengah orang mudah meluah, tetapi dalam masa yang sama mereka akan tenang apabila meluahkan. 

Kenapa mereka tenang? Kerana syaitan sedang menghasut untuk menyatakan bahawa dengan meluah itu adalah jalan yang terbaik.

Ada sesetengah orang, apabila meluah mereka akan menjadi sangat tidak tenang. Kenapa? 

Kerana tahu bahawa dengan meluahkan itu akan membawa mereka kepada permasalahan hati yang mungkin bukan sahaja masalah hati, tetapi masalah umat dunia iaitu MAKSIAT!

Jadi apa yang perlu dibuat?

Pendamlah dan tidak perlu meluahkan.

Buat lelaki, mereka kadangkala tidak sedar bahawa mereka memberi harapan tanpa sedar, tetapi SEDARLAH bahawa memberi harapan itu menyakitkan. 

Buat perempuan, sekiranya ada lelaki yang memberi harapan kepadamu, kuatkanlah hati untuk menolak, dan yang penting. OFF CHAT terus UNFRIEND sebab orang yang ikhlas pasti mahu bertemu dengan ibu bapa, bukannya mengayat awak dulu.

Jadi, Jom ubah cara kita? :)

No comments:

Post a Comment