Friday 21 February 2014

The Beginning

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang sebagai permulaan untuk mula menggunakan blog ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada seorang sahabat yang membantu saya membuat akaun blog ini serta setia bersama dan membantu saya ketika saya berada dalam keadaan yang senang dan susah, sihat dan sakit. 

Saya tidak akan menunjukkan identiti saya disini. Saya hanya mahu dikenali sebagai "Encik Sahabat". Saya seorang hamba Allah yang lemah dan tidak sempurna. Saya hanyalah manusia biasa yang sering juga membuat kesilapan. Sama ada kesilapan yang disengajakan atau yang tidak disengajakan.

"Harga Sebuah Persahabatan". Nama blog ini dicadang dan diberikan oleh sahabat saya yang membantu saya membuat akaun blog ini. Saya menganggap nama blog ini dipilih berdasarkan nilai, keperluan dan kepentingan seorang sahabat.

Selain itu, tujuan blog ini dibuat bukanlah sekadar nak mencerita dan meluahkan kisah dan perjalanan hidup. Blog ini dibuat bertujuan untuk berdakwah juga. Disamping menceritakan kisah hidup, saya juga akan memberi sedikit nasihat dan pengajaran dari setiap perkara yang berlaku ketika saya menempuhi pentas kehidupan.

Sekian, Wasalam. :)